welcome to BlogSiSengal! rajin-rajin la follow yer..terima kasih..

Tuesday, December 13, 2011

nothing~~

assalamualaikum w.b.t........
aku duduk depan lappy sambil jari jemari menari-nari atas keyboard...sambil menunggu idea datang ke benak fikiran ku, aku tiba-tiba terfikir tentang masa lalu..tentang sifat manusia sesama manusia di muka bumi Allah ini...banyak jenis manusia ak jumpa...manusia yang luaran nya baik seperti malaikat tapi hakikatnya sekeji-keji manusia...manusia yang suka melihat manusia lain bergaduh kerana berita yang dia hebohkan..,manusia yang hidup dalam kepura-puraan...manusia yang tidak tahu mengenang budi serta berterima kasih atas pemberian atau pertolongan orang lain dan manusia yang hanya menyebelahi sebelah pihak tanpa mendengar penjelasan drpda pihak yang lain..manusia-manusia ini ada disekeliling aku dan ada dimana-mana...aku juga tidak lari daripada sifat-sifat tersebut..aku tidak sempurna dan semua orang tidak sempurna..kerana Allah menciptakan manusia dgn kelemahan masing-masing..tapi kita boleh mnjadi sempurna dimata orang lain jika kita mempunyai hati jiwa yang suci..tanpa ada hasad dengki,kepura-puraan dan bersikap adil sesama manusia..aku tak kata aku baik tapi aku cuba menjadi yang terbaik...yer,manusia tidak lari daripada kesilapan tapi belajar lah daripada kesilapan..kerana kesilapan dan masa lalu membuatkan kita menjadi lebih matang dan berfikiran lebih terbuka...teguran juga mendewasakan kita dan membuat kita ingat akan kesilapan yang telah kita lakukan...menerima teguran orang lain itu adalah salah satu cara untuk merubah diri kepada yang lebih baik.. 



*mood---> aku sedang muhasabah diri..(=_=)

~keym~

3 comments:

fatehah abdul ghani said...

Wah keym.....matang habes entry nie....btoi2 hidanah junior heheheh

ankeljonni said...

hahaha... manusia ibarat karipap... luarnya hampir sama namun intinya lain2...

yup... betul...
hati org tak sama...

keym said...

teha:hahaha..puan hidanah senior meresap ke tubuh ku..huhuhuu
abg jonni:yup!lain manusia lain perangainye...=)